fbpx

EPL: Brentford sukar pertahan Mbeumo diasak United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBEUMO hanya memiliki baki kontrak semusim sahaja lagi di Mbeumo menyebabkan potensi perpindahannya ke kelab baharu semakin tinggi. - AFP

LONDON – Manchester United dilapor sudah mengadakan rundingan bersama wakil penyerang Brentford, Bryan Mbeumo untuk melihat potensi perpindahan pemain tersebut pada musim panas ini.

Pemain yang beroperasi di bahagian sayap itu menikmati musim yang cukup produktif ketika berjaya membantu pasukan dari barat London itu menamatkan kempen musim ini di kedudukan ke-10 Liga Perdana Inggeris.

Musim ini, pemain berusia 25 tahun itu berjaya membuat 38 penampilan pada aksi EPL dan meledak 20 gol selain mencipta tujuh umpanan jaringan untuk pasukan tersebut.

Ketika baki kontraknya hanya tinggal semusim sahaja lagi, Brentford mengakui sukar untuk mengekalkan pemainnya itu dan terpaksa membuat keputusan untuk menjualnya bagi mengelak perpindahan secara percuma.

Ketika ini, Brentford meletakkan nilai sebanyak £50 juta (RM285.74 juta) untuk mereka bersetuju melepaskan pemain itu, namun United tidak bersendirian apabila Newcastle United juga dilapor sedang mengintai khidmat Mbeumo.

Selepas melalui musim paling buruk dalam sejarah di EPL, United merangka persiapan awal bagi menghadapi musim depan apabila dilapor hampir mencapai kata muktamad mengenai perpindahan Matheus Cunha dari Wolves yang bernilai £62.5 juta (RM357.17 juta).

Selain itu, mereka juga sudah menyiapkan dana sebanyak £30 juta untuk memancing Ipswich Town supaya bersetuju untuk melepaskan penyerang mereka, Liam Delap ke Old Trafford.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI