fbpx

Datuk 84 tahun tembak isteri, anak selepas dihalau dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUANG disyaki membunuh anak lelaki dan isterinya. - Foto YouTube

BANGKOK – Seorang warga emas berusia 84 tahun didakwa menembak dan membunuh anak lelaki serta isterinya di wilayah Suphan Buri, Thailand, semalam, lapor laman berita MSNews hari ini.

Menurut akhbar Workpoint News, lelaki tersebut bertindak demikian selepas diusir dari rumah yang sebelum ini nama pemilik kediaman tersebut dipindahkan kepada kedua-dua mangsa.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, polis menemukan mayat seorang lelaki dikenali sebagai Suwat, 53. Dia ditembak di pipi kanan, dada dan perut.

Ibu mangsa, Nuanchawi, 80, ditembak di belakang kepala dan dikejarkan ke hospital terdekat. Dia bagaimanapun meninggal dunia akibat kecederaan dialami.

Suami Nuanchawi, Ruang yang menjadi suspek, disyaki menggunakan revolver 0.32 kaliber untuk menembak keluarganya.

Senjata itu ditemukan di bawah pokok dan dirampas oleh polis sebagai bahan bukti.

Polis kemudian menemukan suspek bersembunyi di rumah saudaranya, di mana dia kemudian dipujuk untuk menyerah diri.

Suspek kini berada dalam tahanan dan kesnya sedang disiasat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI