fbpx

Buku Indonesia laris di PBAKL 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muldani Dwi Badrianto (kiri) dan Iwan Tholib (kanan) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025.

KUALA LUMPUR – Penerbit buku dari Indonesia terus mencuri tumpuan pengunjung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 apabila karya-karya ilmiah dan kajian Islamik yang dibawakan ke Malaysia mendapat sambutan luar jangka daripada pembaca tempatan.

Penerbit buku Pustaka Al-Kautsar, Iwan Tholib, 41, berkata, penggunaan bahasa yang tiada beza dengan negara asalnya menggalakkan lagi pembaca tempatan untuk menerima kaya hasil daripada pihak mereka.

“Saya tidak asing lagi dengan kehadiran para pengunjung dari seluruh negeri-negeri di Malaysia yang kebanyakkannya memilih buku terbitan dari Indonesia yang bahasanya jarang diketahui oleh penduduk disini.

“Ramai pelajar dan pensyarah datang bertanyakan buku-buku tertentu. Mereka tidak kisah jika bahan itu dalam Bahasa Indonesia asalkan kandungannya berkualiti dan menjawab keperluan pengajian mereka,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Tambah Iwan Tholib, terdapat segelintir pelajar Malaysia yang datang ke ‘booth’ mereka dengan senarai buku yang sudah disasarkan.

Sementara itu, Penerbit Gulalibooks, Muldani Dwi Badrianto, 34, berkata walaupun syarikatnya lebih fokus kepada buku bayi dan kanak-kanak, penyertaan di PBAKL kali ini menjadi medan penting untuk memperkenalkan karya baharu kepada pasaran Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI