fbpx

Berlumba seorang diri seperti tiada arah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON terperangkap dalam kesesakan di hentian pit menjadi antara faktor dia sekadar meraih tempat kelima GP Monaco. - AFP

MONACO – Jaguh Formula Satu (F1) dari Ferrari, Lewis Hamilton meluahkan kekecewaannya selepas menamatkan Grand Prix (GP) Monaco di tempat kelima dan mendakwa ia adalah perlumbaan paling tidak menyeronokkan sepanjang musim ini.

Juara dunia tujuh kali itu bermula di petak keempat tetapi terpaksa turun ke petak ketujuh selepas dikenakan penalti tiga petak kerana menghalang pelumba sensasi Red Bull, Max Verstappen dalam sesi kelayakan.

Bagaimanapun, Hamilton sempat memintas Isack Hadjar (Racing Bulls) dan Fernando Alonso (Aston Martin) ketika hentian pit, namun terperangkap dalam kesesakan menyebabkan dia kehilangan banyak masa.

Akhirnya, pelumba Ferrari itu menamatkan perlumbaan hampir 50 saat di belakang rakan sepasukannya, Charles Leclerc yang berjaya menaiki podium tempat kedua.

“Awalnya saya datang hujung minggu ini dengan harapan untuk beri lebih baik, tapi akhirnya keluar dari Monaco dengan perasaan kecewa.

“Perasaan sekarang ini betul-betul kosong. Nasib baik minggu depan masih ada satu lagi perlumbaan,” kata Hamilton.

Bukan itu saja, Hamilton turut meluahkan rasa kurang senang dengan komunikasi pasukan apabila radio daripada jurutera, Riccardo Adami tidak memberi maklumat yang jelas sepanjang perlumbaan berlangsung.

“Saya tak tahu apa-apa untuk sebahagian besar perlumbaan. Jujurnya, saya tak tahu langsung saya di tempat ke berapa.

“Saya tak tahu sama ada nak bertahan atau sebaliknya. Seolah-olah saya berlumba seorang diri di tempat yang tiada arah. Memang rasa sangat keseorangan hari ni,” katanya.

Hamilton mengakui sesi kelayakan menyeronokkan dan suasana di Monaco menakjubkan tetapi perlumbaan sebenar adalah yang paling membosankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI