fbpx

‘Berkemban, saya tak risau netizen tapi takut dengan Allah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isyariana tak takut dikecam netizen sebaliknya bimbang akan hukuman Allah SWT menjayakan babak panas dalam filem.

KUALA LUMPUR – Pelakon Isyariana tidak bimbang berdepan kecaman netizen selepas menjayakan babak sebagai mangsa rogol dalam filem Balas Balik sebaliknya lebih takut dengan hukuman Allah SWT.

Menurut Isyariana atau nama sebenarnya Isyariana Che Azmi, 35, babak tersebut hanya sekadar lakonan semata-mata dan menjalankan tugasnya sebagai seorang pelakon yang diterima sebelum dia memakai tudung sejak Ramadan lalu.

“Saya tak takut netizen (kecaman) tapi lebih takut dengan Allah. Setakat ini saya tak kisah sangat dengan penerimaan netizen sebab saya cuma jalankan tanggungjawab yang sudah diterima.

“Biarkan apa orang nak cakap. Itu hanya sekadar watak, bukan diri saya yang sebenar. Semua babak rogol itu memang sudah ada dalam skrip.

“Dalam babak tersebut saya hanya memakai baju jenis kemban dan menampakkan sedikit bahagian bahu sahaja, tapi sekarang sudah berhijrah tiada lagi watak begitu,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis malam gala filem Balas Balik di sini, semalam.

Bercerita mengenai perjalanan kehidupan sejak memakai tudung, dia berdoa agar penghijrahan yang dilakukan atas tuntutan agama itu kekal.

“Doakan saya terus istiqamah sebab memakai tudung ini dilakukan bukan sebab siapa pun termasuk ibu atau diri sendiri sebaliknya kerana Tuhan.

“Cuma jangan harapkan kesempurnaan daripada saya tetapi fokus pada dalaman. Bersihkan jiwa termasuk tidak melayan media sosial sangat, lebih fokus kepada diri sendiri seperti solat tahajud.

“Janganlah harap saya sudah menutup aurat tetapi tidak melakukan kesilapan langsung,” katanya lagi.

Terdahulu, Isyariana pada Mac lalu tampil dengan imej bertudung selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada bulan yang sama.

Namun ketika itu dia mengakui masih berperang dengan perasan sendiri untuk kekal istiqamah dengan penampilan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI