fbpx

Belukar, lalang paling banyak terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kebakaran terbuka melibatkan belukar dan lalang paling banyak berlaku di seluruh negara dalam tempoh lima bulan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohamad berkata, kebakaran itu merekodkan 2,917 kes daripada 3,261 kes kebakaran terbuka yang dipadam pihaknya bagi tempoh itu.

Katanya, ini diikuti dengan 229 kes kebakaran hutan dan 115 kes bagi kebun dan ladang.

“Bagaimanapun, jumlah tersebut mencatatkan penurunan berbanding lebih 9,000 kes bagi tempoh sama yang lalu,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024, Penyampaian Sijil Perkhidmatan 30 Tahun dan Sijil Perkhidmatan Terpuji JBPM Selangor kepada 249 anggota termasuk pegawai di sini.

Nor Hisham memaklumkan sebanyak 572 lokasi di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai titik panas (hot spot) sering berlakunya kebakaran terbuka melibatkan kawasan sekitar Selangor, Johor, Perak dan Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI