fbpx

Anwar enggan ulas lanjut isu Rafizi letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir pada Majlis Penutupan Persidangan Juruaudit ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk tidak mengulas lanjut desas-desus mengenai isu perletakan jawatan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Sebaliknya, Perdana Menteri ketika disoal media kemudian kembali bertanyakan kepada pihak media siapa yang memaklumkan perkara itu (isu perletakan jawatan Rafizi).

“Siapa bagitahu,” soal ringkas Anwar kepada kumpulan wartawan.

Rafizi sebelum ini menyatakan hasrat untuk berundur jika gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR, namun selepas kekalahan, beliau menegaskan komitmennya untuk terus berkhidmat.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang akan datang dijangka menjadi platform penting untuk menentukan hala tuju parti dan kedudukan pemimpin selepas pemilihan parti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI