fbpx

Anggota polis trafik didakwa terima rasuah RM1,000 libat kes kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini kerana menerima rasuah sebanyak RM1,000 pada Disember 2023.

JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menerima rasuah sebanyak RM1,000 berhubung kes kemalangan yang disiasatnya, dua tahun lalu.

Tertuduh, Wan Shazrul Wan Shamsuddin, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima RM1,000 daripada seorang individu sebagai dorongan melakukan sesuatu berkaitan hal ehwal prinsipal iaitu menyerahkan dokumen bersabit kemalangan jalan raya.

Dia yang merupakan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Jalan Ismail, Mersing pada pukul 4 petang, 13 Disember 2023.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ameera D’Aneez Mohd. Shukari memberitahu, kesalahan itu merupakan kesalahan tidak boleh jamin, tetapi meminta RM10,000 jika mahkamah membenarkan jamin.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan syarat tambahan perlu melapor diri sebulan sekali di Ibu Pejabat SPRM Johor dan pasport antarabangsa diserah ke mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI