fbpx

9 pegawai JSJ IPD Taiping terima penghargaan TM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai sembilan pegawai polis dari JSJ IPD Taiping menerima sijil penghargaan TM di IPD Taiping hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS/ KOSMO!

TAIPING – Seramai sembilan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping menerima sijil penghargaan daripada Telekom Malaysia (TM) atas kejayaan menyelesaikan 37 kes kecurian kabel melibatkan kerugian mencecah RM580,000 sejak tahun lalu.

Pengurus Keselamatan TM Perak, Rosidah Aripin berkata, mereka turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM1,000 bagi setiap kes yang berjaya diselesaikan sebagai tanda penghargaan kepada pihak berkuasa dan orang awam yang membantu membanteras jenayah kecurian kabel.

“Sumbangan ini adalah sebagai pengiktirafan kepada usaha mereka dalam membantu mencegah kecurian kabel yang menjejaskan perkhidmatan kami. Penilaian teliti akan dilakukan terhadap setiap permohonan termasuk dokumentasi lengkap berkaitan tangkapan dan pertuduhan,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Perhimpunan Bulanan IPD Taiping di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail, berkata, kejayaan besar yang dicapai JSJ Taiping adalah hasil siasatan rapi yang membawa kepada penahanan lapan individu warga tempatan.

Beliau berkata, mereka dipercayai terlibat secara langsung dalam sindiket kecurian kabel TM di sekitar daerah Larut Matang.

“Sebanyak 37 kes berjaya diselesaikan hasil siasatan dan operasi berterusan sejak tahun lalu melibatkan nilai kerugian kira-kira RM580,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI