fbpx

32 kes pembalakan haram libat 100 hektar hutan Semenanjung Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TEMERLOH — Sebanyak 32 kes pembalakan haram dikesan berlaku di Semenanjung Malaysia sepanjang tahun 2024 dengan keluasan kawasan hutan yang terjejas dianggarkan mencecah 100 hektar.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Azliza Ali berkata, kes-kes tersebut melibatkan pelbagai bentuk pencerobohan termasuk pembalakan tanpa kebenaran, salah guna lesen serta ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) pengurusan hutan.

Katanya, sepanjang tempoh itu, seramai 368 individu telah ditahan melibatkan 299 warganegara (81.25 peratus) dan 69 bukan warganegara (18.75 peratus), termasuk pendatang asing tanpa izin seorang rakyat Kemboja serta dua warga Indonesia.

“Daripada jumlah itu, warga Indonesia merekodkan tangkapan tertinggi seramai 23 orang atau 33 peratus, diikuti Myanmar (19 orang), Bangladesh (11) serta beberapa lagi daripada negara seperti Singapura, China, Mexico, Ecuador, Vietnam dan etnik Rohingya,” katanya pada Program Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di Pejabat Hutan Daerah Temerloh, di sini hari ini.

Dalam pada itu Azliza berkata, sesi libat urus itu merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik di bawah Pasukan Petugas Khas CPI yang diwujudkan bagi memperkukuh integriti agensi penguat kuasa menerusi pendekatan kolaboratif dan bersepadu.

Katanya, negeri Pahang antara tumpuan utama EAIC berdasarkan aduan masyarakat dan laporan media berhubung kegiatan pembalakan haram yang masih berleluasa walaupun pelbagai operasi telah dijalankan.

Azliza memberitahu, pihaknya kini sedang memperincikan beberapa cadangan penambahbaikan dasar termasuk penstrukturan semula mekanisme pemantauan serta pengukuhan sistem sokongan dalaman agensi berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI