fbpx

[VIDEO] PM Timor-Leste beri coklat ‘hadiah’ pengamal media tunggu luar sidang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gusmao menghadiahkan cokelat kepada pemgamal media selepas selesai Sidang Kemuncak Kedua ASEAN-GCC di KLCC, hari ini.

KUALA LUMPUR – Suasana di ruang media bertukar mesra dengan kejutan yang diberikan Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao apabila beliau sempat menyantuni para pengamal dengan menghadiahkan coklat tempatan selepas selesai Sidang Kemuncak Kedua ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) sini, hari ini.

Gusmao menghadiahkan coklat tersebut sebagai tanda kesabaran para pengamal media menunggu pergerakan keluar pemimpin-pemimpin ASEAN dan GCC.

“You are waiting for so long, you are waiting for so long…,” katanya beberapa kali sambil menghulurkan coklat kepada pengamal media di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyatakan keyakinannya bahawa Timor-Leste akan berjaya melengkapkan semua instrumen undang-undang yang diperlukan untuk menjadi anggota penuh ASEAN menjelang akhir tahun ini.

Gusmao berkata, pihaknya akan melakukan sebaik mungkin untuk melayakkan diri dalam senarai anggota ASEAN termasuk memenuhi kriteria yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

@azpemurah Jodoh , Ajal Maut dan Rezeki milik Allah .. kita sebagai manusia kita teruskan perjalanan #azpemurah #jodoh #kongsirezeki @Peguam Syarie Irsamuddin Fitri ♬ original sound – puteribunian26

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI