PETALING JAYA – Pasukan cef Malaysia mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pingat emas dalam kejohanan ‘Masakan Kebangsaan Terbaik Di Dunia’ di Dubai pada Sabtu lalu.
Video yang dikongsikan sendiri oleh salah seorang ahli pasukan kulinari negara yang menyertai pertandingan itu, Syafiq Shahrom memaparkan beliau bersama rakan seperjuangan menerima pingat emas selepas dinobatkan sebagai juara.
Difahamkan, seramai enam tukang masak berganding bahu menghasilkan menu tradisi Malaysia yang dipertaruhkan pada kejohanan itu antaranya nasi kerabu, rendang ayam, cendol, kuih keria dan udang sambal.
“Pasukan Malaysia telah menang pingat emas dan merangkul gelaran berprestij ‘Masakan Terbaik’ di Cabaran Masakan Kebangsaan 2025 membawa pulang trofi, gelaran, dan kebanggaan global!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Rata-rata orang ramai membanjiri ruangan komen dan meninggalkan pujian kepada tukang masak tersebut dan pasukannya.
“Sangat layak mendapat pengiktirafan, tahniah yang setinggi-tingginya chef Malaysia,” kata @Sueannoi.
“Tahniah pasukan Malaysia! Pencapaian yang sangat hebat,” ujar @Chefnormanmusa.
“Tahniah! Kamu semua tidak pernah gagal membanggakan nama Malaysia di persada dunia,” puji @Naziannezamani. -KOSMO! ONLINE
View this post on Instagram
A post shared by Malaysia Chefs UAE Culinary Team (@malaysianchefsdubai)