fbpx

[VIDEO] Kecantikan PM Thailand jadi tumpuan di Sidang Kemuncak ASEAN ke-46

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paetongtarn ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 di KLCC, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini bukan sahaja mencuri perhatian dari segi perbincangan geopolitik dan kerjasama serantau, tetapi juga kerana kehadiran serta penampilan manis Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra.

Beliau merupakan satu-satunya menteri wanita di Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang berlangsung sejak semalam hingga hari ini.

Semakan Kosmo! di platform media sosial, nama Perdana Menteri itu sohor kini berikutan orang ramai mula berkongsi potongan video beliau sepanjang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini menerusi TikTok dan Facebook.

Setakat pukul 2 petang tadi, lebih 2,000 tanda pagar yang menggunakan nama beliau serta #PMThailand memenuhi ruangan senarai carta ‘trending’.

Paetongtarn dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand pada 16 Ogos 2024, menjadikan beliau Perdana Menteri termuda dalam sejarah negara itu pada usia 37 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI