fbpx

[VIDEO] Gurauan manja isteri tolak-tolak muka suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Brigitte menolak muka Macron menggunakan kedua-dua tangannya dari sebalik pintu pesawat. - NBC News

PETALING JAYA – Isteri kepada Perdana Menteri Perancis dilihat sering bergurau dengan menolak muka suaminya itu di tempat awam.

Kompilasi video itu menjawab video tular apabila Wanita Pertama Perancis, Brigitte Macrom menolak muka Emmanuel Macron ketika dalam pesawat sehingga tular di seluruh dunia.

Kejadian berlaku sejurus selepas pasangan itu tiba di lapangan terbang Vietnam semalam sehingga mencetuskan reaksi negative orang ramai.

Menerusi video hantaran di aplikasi TikTok @presidential.coup, kompilasi video yang dimuat naik menunjukkan gelagat, Brigitte menolak muka Emmanuel Macron di beberapa acara tempat yang mereka hadiri.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, orang ramai berpendapat bahawa tindakan yang dilakukan oleh wanita tersebut hanyalah suatu gurauan manja terhadap suaminya.

“Ramai orang memberi tanggapan negatif kepada pasangan tersebut, namun Emmanuel Macron ialah seorang suami dan juga boleh bergurau bersama isterinya,” komen @DaniEmmett.

“Pasangan suami isteri suka bergurau apabila mereka berada di tempat awam, perbuatan yang dilakukan oleh isteri Emmanuel Macron hanyalah satu gurauan,” balas @Carpathia77.

“Emmanuel Macron ialah seorang figura dalam keluarga dan beliau juga sama seperti orang biasa walaupun dirinya merupakan presiden Perancis, jadi tiada masalah untuk bergurau kasar bersama isterinya,” komen @Ellylove. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI