SEBERANG PERAI – Rumah tangga pempengaruh Tiktok dan Instagram, AZ Pemurah bersama suaminya dilaporkan sudah berakhir, hari ini.
Lafaz cerai pasangan terbabit dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara di sini, pagi tadi.
AZ Pemurah yang mempunyai pengikut seramai 2.4 juta di Tiktok itu telah memuat naik satu video di platform tersebut tiga jam lalu menunjukkan kehadirannya bersama peguam syarie, Irsamuddin Ikhsan yang mewakilinya.
“Jodoh, ajal maut, rezeki milik Allah. Kita sebagai manusia kita teruskan perjalanan,” tulisnya di TikTok.
Sementara itu, Irsamuddin ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi mengesahkan penceraian pasangan tersebut.
“Ya…mereka sudah bercerai. Alhamdulillah selesai kes dia (AZ Pemurah) tadi. Pasangan ini bercerai secara baik,” katanya.
Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya di media sosial tidak henti memberi kata semangat terhadap AZ Pemurah.
“Semoga perjalanan kak AZ diredai dan mendapat nikmat yang luar biasa. Di dunia ini hanya perlukan tiga hal iaitu hidayah, taufik dan barakah,” balas seorang pengguna.
“Fokus bahagiakan diri sendiri, anak dan keluarga. Kau tu cantik, sukses bisnes,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.
Seorang lagi pengikutnya berkata: “Ya Allah, baru pertama kali tengok muka kak AZ Pemurah. Segak dan saya suka pakai tudung sis murah dan sangat berkualiti”. -KOSMO! ONLINE
@azpemurah Jodoh , Ajal Maut dan Rezeki milik Allah .. kita sebagai manusia kita teruskan perjalanan #azpemurah #jodoh #kongsirezeki @Peguam Syarie Irsamuddin Fitri ♬ original sound – puteribunian26