fbpx

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 7 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Aseral ketika membuat pengumuman, sebentar tadi.

PETALING JAYA – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd. Aseral Jusman sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1446 Hijrah ialah pada 29 Mei 2025 Masihi.

“Oleh yang demikian Hari Raya Korban, 10 Zulhijah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu, 7 Jun 2025 Masihi,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI