fbpx

Titijaya cadang beli aset RM105 juta di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Poh Yit

PETALING JAYA – Pemaju gaya hidup bandar, Titijaya Land Berhad (Titijaya) mengumumkan cadangan pengambilalihan dua aset hartanah di Kota Kinabalu bernilai RM105 juta, sekali gus mengukuhkan kehadirannya di Sabah dan Malaysia Timur.

Cadangan pengambilalihan pertama bernilai RM99 juta melibatkan sebidang tanah yang telah siap kerja-kerja asas, termasuk dua blok bangunan penginapan pelajar setinggi 19 tingkat yang dibina khusus, merangkumi 513 unit apartmen studio.

Ia mampu menempatkan seramai 3,078 pelajar. Selepas pengambilalihan, Titijaya bercadang untuk mengendalikan bangunan yang telah siap serta menyiapkan baki kerja pembangunan, memanfaatkan permintaan sedia ada dan yang semakin meningkat di kawasan sekitarnya.

Pengambilalihan kedua pula bernilai RM6 juta, melibatkan sebidang tanah dengan struktur bangunan sedia ada yang asalnya dibina untuk projek Kompleks Koperasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dilancarkan pada 2012.

Pelan asal pembangunan merangkumi pembinaan sebuah apartmen 14 tingkat dengan 476 unit, satu blok kedai setingkat yang menempatkan 38 unit, serta sebuah podium tempat letak kereta tiga tingkat.

Namun, projek itu telah terbengkalai dan selepas pengambilalihan, Kumpulan merancang untuk menyambung semula projek berkenaan bagi membangunkan hartanah kediaman baharu.

Kedua-dua bidang tanah itu terletak berhampiran UMS serta Hospital UMS yang dijangka mula beroperasi pada 2026.

Pengarah Urusan Kumpulan Titijaya, Datuk Lim Poh Yit berkata, pihaknya berbesar hati untuk mengumumkan pengambilalihan aset-aset berkenaan, yang membuka lembaran baharu dalam penglibatan pihaknya di Sabah.

“Langkah ini sejajar dengan pendekatan ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) serta Kelestarian kami dalam pembangunan hartanah, iaitu dengan meningkatkan ketersediaan penginapan berkualiti untuk pelajar universiti awam serta menghidupkan semula projek perumahan terbengkalai demi manfaat sosial dan awam,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI