fbpx

The Final Reckoning: Keajaiban dunia sinema terhebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOM Cruise sebagai Ethan Hunt sekali kali disanjung dunia sebagai hero aksi ekstrem terbaik dalam sejarah perfileman Hollywood.

BERTUBI-TUBI dengan ‘action-packed sequence’, merobek nostalgia para peminat francais Mission Impossible sejak diluncurkan filem pertama pada 1996 dan paling penting, Tom Cruise memang tiada galang gantinya.

Itu antara pandangan jujur penulis saat melangkah keluar dari panggung wayang selepas menghabiskan masa hampir 3 jam menonton filem terbaharu, Mission: Impossible – The Final Reckoning.

Tiada sesaat pun detik penyesalan menonton. Rasa seperti itu antara 3 jam selayak dan sewajibnya dalam kehidupan ‘dibazirkan’ atas nama seni wayang.

Aksi, elemen nostalgia, terjemahan karakter para pelakon terlibat terutama Cruise sebagai Ethan Hunt termasuk pameran lain iaitu Hayley Atwell (Grace), Ving Rhames (Luther Stickell) dan Simen Pegg (Benji Dunn), semuanya faham tugasan masing-masing dengan cemerlang!

Selepas hampir tiga dekad, francais Mission Impossible dinoktahkan dengan pengakhiran yang cukup cemerlang. – PARAMOUNT PICTURES.

Penulis secara peribadi berasakan ini adalah ‘ucapan’ selamat tinggal paling bergaya dalam dunia sinematik kepada para peminat francais Mission Impossible.

Tiada langsung atau kesan khas (CGI) yang minimal boleh dijangka daripada mana-mana filem lakonan Tom Cruise. Itu juga boleh dilihat dalam The Final Reckoning.

Aksi kapal selam Hunt ‘berperang’ dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) bernama Entity di dasar laut, Hunt bergelut dengan Gabriel ( Esai Morales), semua antara yang membuatkan audiens ternganga penuh kesima.

Markah peribadi andai The Final Reckoning adalah lembaran kertas peperiksaan adalah berunjuran antara 90 hingga 95 per 100. Menakjubkan!

Filem: Mission: Impossible – The Final Reckoning
Pengarah: Christopher McQuarrie
Pelakon: Tom Cruise, Hayley Atwell, Hannah Waddingham, Simon Pegg, Angela Bassett
Sumber: Paramount Pictures
Durasi: 2 jam 49 minit
Tayangan: 17 Mei 2025
Bintang: ★★★★☆
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI