fbpx

Radium lancar hospital canggih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Radium Development Berhad, Tan Sri Mohd Amin Nordin (tengah) bersama Dr Arun Kumar (kanan) dan Datuk Gary Gan Kah Siong (kiri) ketika pelancaran Radium Healthcare dan Radium Hospital @ Ayer Keroh di Hotel Hilton. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Radium Development Berhad (Radium) mengumumkan pelancaran hospital pertama Radium Hospital yang akan bertapak di Ayer Keroh, Melaka menandakan langkah penting dalam pengembangan strategik ke sektor penjagaan kesihatan.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Gary Gan Kah Siong berkata, usaha ini merupakan lanjutan daripada komitmen syarikat dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat Malaysia.

“Sebagaimana kami menyediakan penyelesaian perumahan yang berkualiti, kami kini komited untuk menawarkan penjagaan kesihatan yang penuh belas kasihan dan boleh diharap,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Unit Prestasi Kesihatan, Dr. Saravanan SR Sundaramurthy.

Hospital tersebut bakal memulakan operasi pada 2028 yang dilengkapi Pusat Kecemerlangan bagi traumatologi, kardiologi, kesuburan dan neonatologi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Radium Healthcare, Dr. Arun Kumar berkata, kumpulan itu berhasrat membina rangkaian hospital yang bersifat komuniti dan beretika pada harga mampu milik.

“Kami mahu memastikan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi dapat diakses oleh semua golongan masyarakat,” jelasnya.

Radium turut merancang pelaburan berterusan dalam teknologi kesihatan dan mengikut standard Malaysia Society Quality in Health demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan pesakit.

Melalui kolaborasi bersama M Life Healthcare Sdn Bhd yang dipimpin oleh Dr. Arun dapat memperkukuh lagi keyakinan terhadap masa depan Radium dalam bidang ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI