fbpx

[VIDEO] Pertelingkahan polis, Orang Asli isu pengambilan tanah selesai secara aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar pertelingkahan antara sekumpulan Orang Asli dan polis di Pekan yang tular dalam media sosial semalam.

KUANTAN – Pertelingkahan antara sekumpulan penduduk Orang Asli Kampung Arong Pekan dan anggota polis seperti yang tular semalam berpunca daripada pertikaian tanah yang mempunyai tanaman Orang Asli dan tanah perkuburan lama yang dipajak kepada sebuah syarikat.

Difahamkan, tanah seluas 202 hektar tanah di kawasan itu dipajak kepada sebuah syarikat melibatkan pembangunan secara berfasa.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Adam Zaidi Mahidin berkata, pertelingkahan berlaku kerana penduduk Orang Asli tidak diberikan penjelasan tentang keluasan sebenar tanah pajakan diberikan Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Pahang kepada syarikat terlibat.

“Tanah yang dipertikai itu merupakan tanah rizab Melayu yang dahulunya adalah kawasan asal penempatan Kampung Arong sebelum penduduk dipindahkan ke penempatan baharu.

“Pajakan tanah diberikan kepada syarikat terbabit bagi tujuan pembangunan dan terdapat perjanjian yang menjanjikan pulangan ekonomi serta peluang pekerjaan kepada Orang Asli, namun penduduk tidak dimaklumkan secara jelas,” katanya di sini hari ini.

Semalam tular dalam media sosial video berdurasi 5 minit16 saa memaparkan pertelingkahan antara sekumpulan Orang Asli dan polis berkaitan tanah.

Menurut Adam Zaidi, konflik timbul apabila pihak syarikat menggunakan polis untuk kerja-kerja fasa kedua yang memasuki kawasan tanaman Orang Asli tanpa menggunakan agensi berkaitan seperti pejabat tanah dan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP).

“Malangnya, pihak syarikat memilih untuk melibatkan pihak polis bagi menguruskan perbincangan dengan penduduk, dan bukan melalui saluran yang sepatutnya.

“Orang Asli sebenarnya baik sahaja dan terbuka untuk berbincang secara baik. Namun tindakan syarikat mendapatkan campur tangan polis telah mencetuskan suasana tegang. Pihak Jakoa telah menasihati syarikat terbabit agar berurusan dengan kerajaan negeri dengan menggunakan cara yang lebih tepat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Deputi Superintendan Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, insiden pergaduhan mulut antara anggota polis dan penduduk Orang Asli Kampung Arong yang tular semalam diselesaikan secara aman.

“Penduduk terbabit telah datang ke Balai Polis Paloh Hinai semalam dan memohon maaf atas insiden yang berlaku. Tiada siasatan lanjut dibuka kerana ia hanya melibatkan salah faham.

“Kehadiran anggota polis ke kampung itu adalah bagi menasihatkan penduduk agar tidak menghalang kerja pengukuran tanah bagi pembinaan kilang kertas oleh syarikat Next Green, namun situasi menjadi tegang apabila berlaku provokasi dan kata-kata kurang sopan daripada segelintir penduduk,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI