fbpx

Orang ramai teruja lihat anak bulan Zulhijah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Orang ramai berkongsi perasaan teruja untuk melihat anak bulan Zulhijah yang ditetapkan hari ini.

Tinjauan Kosmo! di beberapa platform media sosial mendapati, rata-rata pengguna turut berteka-teki bilakah tarikh Aidiladha pada tahun ini.

Seorang pengguna, dikenali sebagai Adli berkata, diharapkan agar tidak berlaku raya mengejut bagi Aidiladha berikutan tarikh yang dijangka ialah pada 7 Jun.

“Alamak, raya mengejut ke tahun ini? Harap taklah, sebab dah minta cuti 7 Jun,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna di TikTok dikenali sebagai Syahir berkata, dia bimbang sekiranya anak bulan sukar dicerap gara-gara cuaca kurang baik di beberapa negeri kebelakangan ini.

“Risau pula tengok kebelakangan ini sering hujan, harap senang nak cerap anak bulan,” katanya.

Terdahulu, tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi tahun ini ditetapkan pada petang ini bersamaan 29 Zulkaedah 1446H di 29 lokasi seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI