fbpx

Malaysia bawa wawasan menyatukan ASEAN – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menghadiri Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama Kita semalam.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 tampil dengan wawasan untuk menyatukan rantau ini.

Beliau berkata, Malaysia juga membawa wawasan meletakkan ASEAN sebagai pemacu utama perubahan global berlandaskan nilai dan kekuatan serantau.

Justeru, katanya, Malaysia berbangga menerajui Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama Kita di ibu negara semalam.

“Ia satu dokumen penting yang menandakan iltizam seluruh rantau untuk membina ASEAN yang lebih berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berpaksikan rakyat.

“Deklarasi ini membawa hala tuju baharu ASEAN pasca 2025,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata, Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045 merangkumi empat tonggak utama iaitu politik-keselamatan, ekonomi, sosio-budaya dan keterhubungan.

Menurut beliau, ia menekankan pertumbuhan adil, penyertaan yang terangkum serta kesiapsiagaan menghadapi cabaran masa depan.

Jelas beliau, cabaran masa depan tersebut termasuk perubahan iklim, kemajuan teknologi dan tekanan geopolitik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI