BARU berkesempatan menonton filem terbaharu francais Final Destination baru-baru ini berjudul Final Destination Bloodlines.
Kalau kalian ada sejarah sakit jantung, elakkanlah menonton naskhah ini kerana adrenalin pasca tontonan masih mengalir kencang sehingga artikel ini dicernakan.
Secara peribadi, penulis menyifatkan ini antara filem Final Destination yang paling meninggalkan kesan kepada audiens.
Usai menghabiskan tontonan berdurasi sekitar 1 jam 49 minit, makin membuak-buak rasa gayat (terutama rakan penulis) penangan Final Destination Bloodlines.

Semuanya gara-gara Iris (lakonan Brec Bassinger) dan sejarah Skyview – sebuah restoran premium atas menara pencakar langit.
Buat penulis secara peribadi, Final Destination Bloodlines adalah filem dengan ‘intro’ yang paling mencengkam jiwa dalam sejarah perfileman.
Baru sahaja duduk di bangku panggung, terus tak senang duduk dengan segala keseraman, malapetaka dan kecelakaan yang berlaku dalam filem terbabit.
Antara yang paling membekas adalah babak mendiang Tony Todd (William Bludworth) mengucapkan selamat maju jaya buat para pemain terlibat dalam Final Destination.
Bloodlines merupakan antara filem terakhir Todd sebelum meninggal dunia tahun lalu disebabkan kanser perut.
Keseluruhannya, Bloodlines merupakan antara filem paling diingati sepanjang tahun 2025. Seram, suspens, plot cerita dan terjemahan karakter, semuanya berstatus chef’s kiss!
Filem: Final Destination Bloodlines Pengarah: Zack Lipovsky, Adam Stein Pelakon: Kaitlyn Santa Juana, Teop Briones, Richard Harmon, Owen Patrick Joyner Sumber: Warnes Bros. Pictures Tayangan: 16 Mei 2025 Bintang: ★★★★☆