PETALING JAYA – Satu gempa bumi sederhana dilaporkan melanda Selatan Jawa, Indonesia pada pukul 8.55 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan bahawa gempa tersebut berukuran 5.6 magnitud.
“Kejadian berlaku di 10.6 darjah Selatan dan 110.2 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).
“Ia terjadi 314km Selatan dari Yogyakarta,” katanya.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. – KOSMO! ONLINE