fbpx

Darius cedera dikejar anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DARIUS Hazreeq cedera kaki, tangan serta bahagian belakang badan akibat terjatuh selepas dikejar anjing di Rasah Jaya di sini.

SEREMBAN – Seorang remaja lelaki trauma dan mengalami kecederaan selepas terjatuh akibat dikejar tiga ekor anjing liar di Rasah Jaya di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu Darius Hazreeq Mohd. Nor Azlan, 17, cedera di beberapa bahagian anggota badan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Anak kedua dari empat beradik itu berkata, ketika kejadian, dia baharu selesai mengikuti kelas tuisyen dan sedang menunggu kenderaan Grab untuk ke sekolah bagi menghadiri persiapan sukan.

“Masa itu saya berdiri di tepi rumah kedai dekat pusat tuisyen, sambil menunggu Grab saya tengok telefon. Secara tiba-tiba dari jauh saya nampak ada seekor anjing berlari ke arah saya dan kemudian disusuli dua ekor anjing lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Darius Hazreeq yang merupakan pelajar tingkatan lima berkata, dalam keadaan panik dia cuba melarikan diri, namun terus dikejar anjing tersebut sehingga terjatuh di tengah jalan.

Menurutnya, salah seekor anjing tersebut sempat menggigit seliparnya namun berjaya dihalau orang awam yang kebetulan berada di situ.

Jelas Darius Hazreeq, akibat kejadian tersebut kaki, tangan serta bahagian belakang badannya luka akibat terjatuh.

“Ada orang awam bantu papah saya ke tepi jalan dan ibu yang datang ke lokasi telah menghantar saya ke hospital untuk rawatan kecemasan. Saya pun terkejut tiba-tiba diserang anjing itu kerana saya tidak buat sentuhan mata pun dengannya,” katanya.

Katanya, insiden yang berlaku menyebabkannya trauma terutama jika ternampak anjing berkeliaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI