KUALA LUMPUR – Indonesia memuji kecekapan Malaysia dalam mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara bermula semalam.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menyampaikan pujian itu dengan mengangkat tanda bagus sebanyak dua kali ketika ditanya mengenai prestasi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN ke-46.
“Bagus! Bagus!,” katanya kepada pemberita selepas keluar daripada dewan persidangan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Ke-2 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.
Terdahulu, Prabowo dilaporkan berkata, ASEAN perlu menjadi sebuah blok serantau yang lebih kuat dan bersatu dalam menghadapi ketidaktentuan situasi global ketika ini.
Beliau turut menggesa semua negara anggota supaya memperkukuh kerjasama serantau. – KOSMO! ONLINE