fbpx

Tindakan lebih tegas buat pengotor, pencemar alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri mahu melaksanakan pendekatan lebih tegas dan menyeluruh bagi menangani masalah pembuangan sampah haram yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya tidak lagi boleh bergantung dengan pendekatan sedia ada demi memastikan kelestarian alam sekitar terus dipelihara.

Menurut beliau, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan keprihatinan baginda terhadap isu pencemaran sungai dan jalan di negeri ini.

“Sikap segelintir pihak tidak bertanggungjawab menjadi isyarat jelas bahawa sudah tiba masanya tindakan lebih drastik diambil antaranya kenaikan kompaun minimum dan menggubal undang-undang baharu yang lebih relevan dan tegas.

“Selain itu, penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Pembuangan Sampah Haram dengan tiga fokus utama. Pertama memperkukuh penguatkuasaan dan menyemak semula undang-undang kecil yang lapuk, kedua memperluaskan pendidikan sivik dan kempen kesedaran awam secara lebih agresif, mencontohi nilai kebersihan Jepun.

“Ketiga, memperkenalkan sistem pemantauan pintar berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) di lokasi panas bagi mempercepatkan pengesanan dan pendakwaan pesalah,” katanya ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Machap berkata, pihak berkuasa tempatan Johor mengambil tindakan ke atas 2,206 kes pembuangan sampah dengan kompaun RM654,210 sepanjang tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI