fbpx

Bekas pengurus Ladang Rakyat Terengganu ‘suap’ anak projek didenda, jel sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrizal Ridzuan (dua dari kanan) dipenjara sehari dan denda RM22,143 atas kesalahan salah guna kuasa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Padah memberi tender perolehan kepada syarikat mempunyai kaitan dengan anak tiga tahun lalu, seorang bekas pengurus Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. dipenjara sehari dan didenda RM22,143 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd. Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Shahrizal Ridzuan Ambak, 48, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Berdasarkan pertuduhan, Shahrizal Ridzuan didakwa menggunakan jawatannya bagi mendapat suapan dengan membekalkan kad sim telekomunikasi kepada 117 pekerja ladang warga India bernilai RM4,428.60.

Tertuduh yang ketika itu pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia didakwa mempunyai kepentingan bagi urusan tersebut disebabkan anak lelakinya menjadi ejen pembekalan kad sim.

Kessalahan itu dilakukan di pejabat Ladang Rakyat Terengganu, Cheneh, Kemaman pada Julai hingga September 2022.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga RM20,000 dan denda maksimum lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Nur Mahirah Mohd. Fauzi, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Hazwan Hamidun.

Kosmo! pada 8 Jun 2023 lalu melaporkan bekas pengurus sebuah anak syarikat kerajaan negeri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dakwaan menyalah guna kuasa memberi perolehan kepada anaknya tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI