fbpx

NexG labur RM250 juta bangunkan kemudahan pengeluaran identiti selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanifah Noordin

PETALING JAYA – NexG Berhad (NexG) mengumumkan perancangan pelaburan kira-kira RM250 juta bagi membangunkan kemudahan pengeluaran dokumen identiti selamat berasaskan Industri 4.0.

Ini adalah  satu lonjakan besar yang dilaksanakan dalam meningkatkan kapasiti pengeluaran dan ketepatan produk melalui proses automasi sepenuhnya.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif NexG Berhad, Datuk Hanifah Noordin berkata, pelaburan besar yang diperuntukkan dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) dan aktiviti penyelidikan & pembangunan (R&D) akan menyokong pendigitalan sistem pengeluaran sedia ada dengan tumpuan kepada harta intelek serta penyelesaian berasaskan data bagi memenuhi keperluan dokumen keselamatan baharu .

Menurutnya, ini adalah satu gelombang transformasi dalam industri keselamatan global.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada strategi Kumpulan untuk mengembangkan operasi secara antarabangsa melalui penubuhan anak syarikat baharu yang berfokus global,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Hanifah menerangkan, pelaburan ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa, dengan pengoptimuman berterusan yang dijangkakan bakal meningkatkan kapasiti pengeluaran tahunan melebihi 15 juta unit dokumen identiti selamat bagi setiap fasa.

Kemudahan baharu yang dilengkapi dengan infrastruktur keselamatan canggih dijangka mampu menjana pendapatan  bagi setiap fasa, bergantung kepada jenis dokumen atau penyelesaian, keperluan negara, skop projek dan tahap keselamatan dokumen yang terlibat.

Pelaburan NexG meletakkan Malaysia pada kedudukan strategik untuk merebut peluang dalam pasaran pesat membangun ini  khususnya di ASEAN, Afrika dan
pasaran sedang membangun lain. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI