fbpx

Lewat mohon permit punca bas Smart Selangor terganggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kelewatan syarikat pengendali mengemukakan permohonan permit kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menjadi punca lima laluan bas henti-henti Smart Selangor di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) terjejas.

APAD dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima permohonan daripada syarikat pengendali, SKS Coachbuilders Sdn. Bhd. pada 25 dan 26 April lalu.

Katanya, sebanyak lima permohonan diterima dan kesemuanya diproses mengikut prosedur operasi standard (SOP), kriteria dan syarat kelulusan yang ditetapkan.

“Permohonan ini dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan (eJKP) pada 8 Mei lalu dan diberikan Kelulusan Bersyarat.

“APAD ingin menegaskan permohonan siap diproses dalam tempoh lebih singkat, kurang 14 hari bekerja sebagaimana diperuntukkan dalam Piagam Pelanggan APAD bagi permohonan baharu,” katanya hari ini.

Bagaimanapun jelasnya, terdapat beberapa kriteria dan syarat yang masih belum dipenuhi pemohon antaranya ketidakpatuhan pemasangan Global Positioning System (GPS) dan Surat Tawaran Kelulusan (STK) yang belum dilesenkan.

“Justeru, permohonan itu diluluskan secara bersyarat pada 8 Mei dan pemohon diberikan peluang untuk melengkapkan keperluan yang ditetapkan sebelum kelulusan penuh diberikan,” katanya.

Terdahulu, tular mengenai bas henti-henti Smart Selangor yang terganggu di laluan SJ01, SJ02, SJ03, SJ04 dan SJ05.

Difahamkan, aktiviti harian orang ramai di sekitar Subang Jaya terjejas ekoran ketiadaan pengangkutan awam itu sehingga memaksa mereka mencari alternatif lain menyebabkan berlakunya peningkatan kos perjalanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI