fbpx
Onn Hafiz Ghazi

Isu Kampung Melayu Majidee: Johor tidak zalim, ambil hak rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri beri jaminan lebih 40,000 penduduk Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru tidak akan kehilangan pajakan terhadap tanah kediaman mereka.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya berjanji tidak bersikap zalim atau mengambil hak rakyat termasuk melibatkan Perkampungan Tradisi Melayu di kawasan bandar.

“Status pajakan tanah bukan bentuk penafian, tetapi pegangan yang sah di sisi undang-undang. Ia tetap memberi hak milik penuh kepada pemilik mewariskan, menjual dan membuat pembangunan tertakluk kepada syarat.

“Buktinya, pembaharuan pajakan tanah akan dipermudah dan dipercepatkan. Ini bukan janji kosong kerana tujuh permohonan pembaharuan pajakan di Kampung Melayu Majidee telah diluluskan dan diserahkan,” katanya ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap sehubungan itu meminta agar pemilik tanah di kawasan terlibat segera membuat permohonan pembaharuan pajakan.

“Tanah Rizab Melayu akan terus dilindungi, ia tidak akan dihilangkan dan tidak boleh dipindah milik kepada bangsa lain sebagaimana termaktub dalam Enakmen Rizab Melayu Johor.

“Kita juga sedang menggubal Rancangan Khas Kawasan (RKK) Perkampungan Tradisi Melayu Johor supaya kampung ini menjadi sebahagian pelan pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) agar tidak terpinggir daripada arus kemajuan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI