fbpx

‘Hukum tindik hidung haram’ – PU Syed tegur Sharifah Aleya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PU Syed tampil menegur Sharifah Aleya dan memaklumkan bahawa hukum menindik hidung adalah haram di sisi agama Islam.

PETALING JAYA – Susulan perkongsian pelakon Sharifah Aleya mengenai penggayaan subang di bahagian hidung, pendakwah selebriti PU Syed tampil menegur wanita itu dan memaklumkan bahawa hukum menindik hidung adalah haram.

Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd. Bakri Syed Ishak berkata, perbuatan tersebut sekeras-kerasnya dilarang kerana menyerupai agama lain.

“Hukum ini kita boleh buat carian dalam internet kalau kita tak tahu, bukanlah sekadar suami atau ayah setuju dan tak marah. Itu bukan isunya.

“Perbuatan menindik hidung adalah haram sebab termasuk dalam hukum tasyabuh iaitu menyerupai orang agama lain.

“Bahkan, ada fatwa yang dikeluarkan jabatan mufti yang menghukum perbuatan menindik hidung adalah haram,” katanya dalam hantaran Instagram.

Meskipun mendapat restu suami atau ibu bapa, Syed turut menasihati agar mengutamakan larangan Islam.

“Majoriti orang Islam hanya menindik telinga, cukuplah sekadar itu. Tak perlulah kita nak menindik hidung dan berhasrat pula tindik kening atau lidah.

“Hasrat itu bukan masalah netizen kecam tetapi pandangan Islam sendiri haram, maka jangan buat walaupun suami dan mak ayah kita reda.

“Maka kita letakkan larangan Islam sebagai keutamaan dalam sesuatu perkara yang kita mahu lakukan,” ujarnya.

Sebelum ini, Aleya terbuka berkongsi mengenai penggayaan subang di bahagian hidung dan berharap perkara tersebut tidak diperbesarkan.

Dia juga berhasrat untuk menindik di bahagian kening dan bibir tetapi terpaksa melupakan kerana sedar akan kesan yang bakal dihadapi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI