fbpx

‘Dia seksa mental saya’ – Ezzanie Jasny merana sebab lelaki toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ezzanie Jasny mengakui pernah berada dalam hubungan toksik, namun berjaya mengakhiri perhubungan tersebut dengan baik

PETALING JAYA – Pelakon Ezzanie Jasny mengakui pernah berada dalam hubungan toksik, namun berjaya mengakhiri perhubungan tersebut dengan cara baik.

Menurut pemilik nama lengkap Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, sepanjang berada dalam hubungan tersebut dia sering mengharapkan pasangannya berubah ke arah lebih baik.

“Pernah (ada dalam hubungan toksik) dalam jangka masa yang agak lama. Cara saya mengatasi, akhiri hubungan dengan baik.

“Masa saya berada dalam situasi itu selama beberapa tahun, saya jadi ‘stockholm syndrome’. Saya masih mengharapkan lelaki berubah dan tetap bagi dia masa.

“Tetapi benda itu tak berlaku. Bila dah lama dalam situasi itu, saya dah pandai dan buat keputusan untuk tinggalkan,” katanya dalam video TikTok.

Bagaimanapun, pelakon drama Dia Bukan Syurga itu memaklumkan bekas kekasihnya tidak mendera dari segi fizikal tetapi mental.

“Tiada kekerasan fizikal. Hubungan toksik saya hanyalah penyeksaan dari segi mental.

“Rasa stres sebab pihak sana bermain dengan mulut, saya bermain dengan otak,” ujarnya.

Selepas berjaya keluar dari hubungan tersebut, Ezzanie kini enggan terburu-buru mencari pasangan hidup kerana mahu memberi masa untuk pulihkan diri sendiri.

“Sekarang tak cakap trauma tetapi rasa malas nak bercinta. Nanti dulu lah nak bagi masa.

“Luaran memang nampak okey tetapi dalaman saya tak betul-betul sembuh. Kalau cari orang lain takut jadi ‘rebound’ (alih perhatian daripada kesedihan) untuk orang itu.

“Bagi saya, perlu banyak masa lagi nak cari pasangan bagi saya kena betul-betul okey baru boleh,” jelasnya.

Ezzanie kini membintangi drama berjudul Dia Bukan Syurga yang mengisahkan seorang wanita yang terperangkap dalam hubungan toksik dan akhirnya memilih untuk bangkit untuk diri sendiri.

Drama arahan Rashid Sibir itu turut dibintangi Niezam Zaidi dan Nazim Othman bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI