fbpx

[VIDEO] Ariff Peter mohon maaf isu wanita mualaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan Ariff Peter (kiri) memuat naik video permohonan maaf.

PETALING JAYA – Seorang pempengaruh, Ariff Peter tampil membuat permohonan maaf mengenai penularan video yang memaparkan seorang wanita mualaf hadir ke premis pekerjanya dipercayai ingin memohon pinjaman wang.

Menerusi hantaran di aplikasi TikTok miliknya, dia memaklumkan bahawa telah menerima teguran daripada seorang ustaz yang dikenali sebagai Firdaus Wong mengenai video yang dimuat naik olehnya, Jumaat lalu.

“Saya bekerja di bawah sebuah agensi perunding di Kuala Lumpur yang telah dikunjungi oleh wanita mualaf tersebut.

“Saya memuat naik video tersebut tanpa memeriksa latar belakang atau cerita sebenar wanita mualaf tersebut yang juga gagal menerima pinjaman wang kerana tidak memenuhi syarat kelayakan permohonan,” jelasnya.

Menurutnya, Firdaus Wong menegaskan agar lebih berhati-hati ketika membuat sesuatu kandungan video atau memuat naik video tanpa memeriksa latar belakang terlebih dahulu agar tidak menimbulkan fitnah terhadap wanita mualaf tersebut.

“Hal ini juga berkait rapat dengan soal agama dan boleh jatuh fitnah, jadi saya sangat menyesali atas tindakan saya dan saya berjanji dengan seluruh rakyat Malaysia untuk tidak akan mengulangi lagi kesilapan ini di masa hadapan.

“Saya memohon maaf atas tindakan yang telah mengguris hati pihak ramai dan merayu kepada netizen untuk memberi peluang kepada saya untuk membaiki diri dan akhlak untuk menjadi manusia yang lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@bossariffpeterTerima kasih Tuan Firdaus Wong atas nasihat & teguran kepada saya yang serba kekurangan ini 🤝❤️

♬ original sound – Ariff Peter

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI