fbpx

USIM jadi pusat latihan bahasa Arab sebelum ke Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGERUSI Yayasan DMDI, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali menyempurnakan simbolik penghargaan dengan menyampaikan senaskah al-Quran kepada Ahmad Zahid di Majlis Perasmian Kompleks Dakwah DMDI dan Pusat Tahfiz Yayasan DMDI di Kampung Tersusun DMDI, Bukit Senggeh, Selandar, Melaka hari ini. - Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO

MELAKA – Kerajaan menetapkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai pusat sehenti bagi pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Mesir, khususnya dalam bidang agama dan perubatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelajar akan mengikuti kursus pengenalan Bahasa Arab di universiti tersebut selama setahun sebelum berlepas ke Mesir.

“Kaedah penghantaran pelajar ke Mesir akan melalui kursus pengenalan Bahasa Arab di USIM selama setahun, ini bagi memastikan mereka benar-benar bersedia sebelum menyambung pengajian di sana.

“USIM dijadikan pusat sehenti untuk pengajaran Bahasa Arab kerana kursus ini sangat penting terutama bagi pelajar yang belum menguasai Bahasa Arab sepenuhnya,” katanya di Majlis Perasmian Kompleks Dakwah DMDI dan Pusat Tahfiz Yayasan DMDI di Kampung Tersusun DMDI, Bukit Senggeh, Selandar di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, kelayakan itu diberikan kepada pelajar maahad tahfiz yang berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran selain memiliki Sijil Kemahiran Malaysia, (SKM) Tahap 5 yang setaraf diploma.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya mempunyai 100 senarai pelajar Maktab Rendah Sains Mara, (MRSM) yang memperoleh 10 A dan ke atas yang layak melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI