fbpx

Singapura puji usaha Anwar satukan pendirian ASEAN berhubung krisis Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Vivian Balakrishnan (kiri).

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan memuji usaha Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyatukan pendirian ASEAN mengenai krisis di Myanmar.

Menerusi catatan di Facebook Vivian malam tadi, beliau turut mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam mengekalkan saluran komunikasi langsung dengan pihak-pihak berkepentingan di negara bergolak itu.

“Saya memuji Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim kerana menyatukan pendirian ASEAN dan mengekalkan hubungan langsung dengan Majlis Pentadbiran Negara (SAC) dan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG),” katanya.

Terdahulu, Anwar telah mengadakan dialog berasingan dengan pemimpin SAC dan NUG sebagai satu langkah penting ke arah menggalakkan penglibatan terus antara dua pihak yang bertelagah.

Sementara itu, Vivian turut berterima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan kerana menjadi tuan rumah bagi mesyuarat-mesyuarat ASEAN yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KCC) minggu ini.

Katanya, Singapura menyatakan sokongan penuh terhadap Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025.

“Dalam persekitaran global yang semakin mencabar ini, kita mesti terus memperkukuh kerjasama dengan rakan serantau, mempererat hubungan dan membina ASEAN yang lebih berdaya tahan serta inklusif,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI