fbpx

‘Signalman’ maut digilis lori mengundur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan topi mangsa dan kesan darah akibat digilis lori mengundur.

KUALA LANGAT – Seorang pekerja sebuah tapak pembinaan maut digilis lori yang sedang mengundur ketika kerja-kerja penambakan tanah dilakukan di Mukim Tanjung Dua Belas, di sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.55 petang dengan mangsa merupakan lelaki tempatan yang cedera parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor berkata, siasatan awal mendapati mangsa bertugas sebagai ‘signalman’ yang memberi arahan kepada pemandu lori untuk mengundurkan kenderaan bagi menurunkan muatan tanah.

“Mangsa dipercayai berada di kawasan titik buta semasa lori mengundur, lalu terjatuh dan digilis oleh tayar lori. Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, JKKP Selangor telah mengeluarkan Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu tempat kejadian kepada pihak majikan supaya menghentikan serta-merta aktiviti kerja penambakan tanah di tapak pembinaan.

Ujarnya, arahan itu sehingga penambahbaikan dilakukan di tempat kerja dan juga sehingga siasatan selesai.

“Notis Larangan turut dikeluarkan ke atas majikan atas kegagalan menyediakan sistem kerja selamat bagi aktiviti kerja penambakan tanah dan kawalan pergerakan lori.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca-punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI