fbpx

Projek mega Grid Tenaga kejayaan signifikan ASEAN tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) bersama Minh Chinh (kiri) pada sidang akhbar sempena lawatan rasmi pertama pemimpin Vietnam ke Malaysia di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Projek mega Grid Tenaga ASEAN menghubungkan kabel dasar laut dari Vietnam ke Semenanjung Malaysia dan seterusnya ke Singapura adalah kejayaan paling signifikan bagi ASEAN tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan itu dilihat pencapaian paling signifikan Sidang Kemuncak ASEAN.

Beliau berkata, kejayaan itu bukan sekadar pengumuman retorik, tetapi telah diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan program dan projek, sejajar dengan dasar peralihan tenaga negara.

“Kita bukan sekadar membuat pengumuman yang mengagumkan mengenai projek besar ini, sebaliknya ia diterjemah dalam bentuk kerjasama dan usaha diplomatik.

“Tetapi kali ini kita berjaya melaksanakannya melalui program dan projek yang berkesan, sejajar dengan dasar peralihan tenaga negara untuk tenaga alternatif di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh sempena lawatan rasmi rakan sejawatnya ke Malaysia di sini, hari ini.

Terdahulu, Anwar dan Minh Chinh menyaksikan pertukaran tiga dokumen bagi memperkukuh kerjasama Malaysia-Vietnam khususnya dalam sektor tenaga, pendidikan dan integrasi serantau ASEAN.

Dokumen pertama membabitkan Memorandum Persefahaman antara Tenaga Nasional Berhad dan Vietnam Electricity yang memberi fokus kepada kerjasama dalam Grid Tenaga ASEAN serta pembangunan keupayaan strategik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI