fbpx

Maut motosikal bertembung Toyota Hilux

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal jenis Yamaha 135 LC yang terlibat dalam kemalangan maut meragut nyawa Muhammad Alif Danial di KM 28.8, Jalan Kota Bahru - Kuala Terengganu berhampiran Kampung Sungai Ikan, Kuala Nerus, hari ini.

KUALA NERUS – Seorang pemuda maut selepas motosikal dinaikinya bertembung dengan sebuah kenderaan pikap, Toyota Hilux di Kilometer 28.8 Jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu berhampiran Kampung Sungai Ikan, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 2.49 petang itu, mangsa, Muhammad Alif Danial Mat Zain, 25, berasal dari Kampung Jakar Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha 135 LC ditungganginya dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Motosikal tersebut kemudiannya bertembung dengan kenderaan pikap, Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Azli berkata, mayat Muhammad Alif Danial telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Zainal Abidin, di sini untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, pemandu kenderaan Toyota Hilux yang dikatakan dalam perjalanan ke Permaisuri, Setiu dari Wakaf Tapai, Marang terselamat tanpa sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI