fbpx

Liverpool nekad dapatkan Wirtz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WIRTZ

LONDON – Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool telah mengadakan perbincangan awal dengan Bayer Leverkusen untuk mencapai perjanjian luar biasa yang bakal memecah rekod kelab bagi mendapatkan playmaker berbakat, Florian Wirtz.

The Reds telah menyuarakan minat untuk membawa masuk pemain berusia 22 tahun itu sekiranya dia berhasrat untuk mencari cabaran baharu di luar Bundesliga.

Leverkusen telah menetapkan nilai Florian Wirtz sekitar £126 juta (RM605 juta), namun Liverpool berpotensi merundingkan bayaran awal yang lebih rendah dengan tambahan insentif yang munasabah.

Hal ini kerana, pemain tengah kreatif Jerman itu telah menjadi keutamaan Arne Slot ketika juara EPL tersebut mula merangka persiapan untuk memperkukuhkan bahagian serangan.

The Reds hanya menanti lampu hijau daripada Wirtz mengenai hasratnya untuk beraksi di England sebelum mengemukakan tawaran rasmi.

Difahamkan, Liverpool sedia menawarkan gaji mingguan sebanyak £325,000 (RM1.86 juta) untuk membuatkan Wirtz tertarik menyertai mereka pada jendela perpindahan kali ini.

Pengurusan Liverpool sudahpun bersetuju untuk merealisasikan impian Slot bagi mendapatkan pemain itu dan berhasrat untuk menyelesaikan perjanjian tersebut dalam masa terdekat, walaupun terpaksa bersaing sengit dengan Bayern.

Wirtz musim ini telah menyumbang 16 gol dan 15 umpanan gol untuk Leverkusen, sementara musim lalu dia merekodkan 18 gol dan 20 bantuan jaringan dalam 49 perlawanan di semua kejohanan, ketika skuad kendalian Xabi Alonso menjuarai Bundesliga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI