fbpx

Kuota 15 pemain import mengejutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MFL membenarkan pasukan membuat pendaftaran sehingga 15 pemain import pada saingan Liga Super musim depan.

KEPUTUSAN Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk meningkatkan jumlah pendaftaran 15 pemain import setiap pasukan dalam saingan Liga Super musim depan sangat memeranjatkan.

Pandangan itu disuarakan oleh pemerhati sukan tanah air, Datuk Dr. Pekan Ramli yang melihat tindakan badan pengelola itu agak drastik berdasarkan situasi semasa liga ketika ini.

Kata Pekan, saingan Liga Super musim depan dijangka tidak akan seimbang kerana ada pasukan yang tidak mampu untuk mendapatkan khidmat pemain import seperti kelab-kelab yang memiliki bajet besar.

“Sebenarnya ini keputusan yang mengejutkan dan tidak dijangka. Betul ke keputusan dibuat untuk pastikan liga jadi kompetitif kerana kalau kita bandingkan nanti mungkin saingan jadi lebih tidak seimbang.

“Kalau ada pasukan yang boleh daftarkan 15 import dan tujuh pemain di atas padang selain dua dibangku simpanan, bagaimana nak bersaing dengan pasukan yang hanya ada tiga atau empat pemain import di atas padang.

“Mungkin kita boleh kata setiap perlawanan melibatkan 11 lawan 11, tetapi tahap kompetitif saingan akan berbeza. Apapun kelab kena ukur baju di badan sendiri,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Pekan turut mengakui peluang untuk anak tempatan menyinar dalam mana-mana kelab juga semakin sempit kerana kelab pasti mahu memberi minit permainan kepada tonggak import.

“Kalau tujuh pemain import dalam kesebelasan utama, berapa sahaja kuota untuk anak tempatan. Secara logiknya tidak adil buat mereka kerana jika pasti kelab mahu menggunakan pemain import termasuk ketika membuat pertukaran di bangku simpanan,” katanya.

Sebagai rekod, MFL telah meluluskan penambahan kuota 15 pemain import buat semua kelab Liga Super dengan tujuh pemain boleh diletakkan dalam kesebelasan utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI