BANGKOK – Seorang penduduk terperanjat melihat ular tedung sepanjang 4.5 meter sedang berenang di kolam belakang sebuah rumah di Pattaya, Thailand, lapor laman berita Thaiger.
Dia yang melihatnya dengan segera melaporkan perkara itu kepada Ketua Eksekutif Pentadbiran Daerah Kecil Khao Mai Kaew, Jamnien Keetipakul.
Sejurus anggota penyelamat yang dipanggil tiba di lokasi itu, mereka dengan penuh berhati-hati menangkap reptilia tersebut sebelum mengukur saiznya.
“Kami tidak pernah melihat ular tedung sebegitu besar di sini sebelum ini,” kata pemilik rumah berkenaan.
Ular berbisa itu kemudian dilepaskan ke dalam habitat asalnya di hutan. – AGENSI