fbpx

Kasihan Betty Banafe, masih tanggung hutang bekas suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MASIH terbayang tangisan pelakon Betty Banafe yang terpaksa menanggung keperitan naik turun mahkamah sejak bercerai enam tahun lalu.

Kes mahkamah itu didakwa membabitkan banyak tuntutan daripada bekas suaminya yang kini berada di Amerika Syarikat.

Ini termasuk tuntutan hadanah bagi penjagaan dua anak mereka yang kini di bawah jagaan Betty di Kuala Lumpur.

Difahamkan, sepanjang tempoh perpisahan, aktres berkenaan mengakui berhempas pulas bagi mencari wang menampung berbelas kes mahkamah difailkan lelaki terbabit.

Lebih teruk apabila Betty juga mendakwa terpaksa menanggung hutang milik suami ketika mereka masih bergelar suami isteri.
Diva doakan moga segala urusan ibu tunggal seperti Betty dipermudahkan Tuhan.

DIVA: Lagu duet Mas Idayu, Air Titik Ke Batu rupa-rupanya kisahnya sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI