fbpx

Jumpa polis lepas kena tipu RM221,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PONTIAN – Nak cepat untung berganda, akhirnya mengalami kerugian yang besar.

Itu yang terjadi kepada seorang suri rumah yang mengalami kerugian sebanyak RM221,000.00 setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian atau Online.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, wanita berusia 60 tahun membuat laporan Polis pada hari semalam setelah menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan.

Katanya, menurut laporan yang dibuat, mangsa berkenalan dengan seorang lelaki warganegara China melalui aplikasi sosial Wesing pada bulan November tahun lalu.

Menurut beliau, suspek telah memperkenalkan satu skim pelaburan dengan menjanjikan pulangan yang tinggi dalam mata wang USD bermula dari 27 Mac 2025 hingga 23 Mei 2025.

“Mangsa yang percaya kepada kata-kata suspek telah membuat beberapa bayaran modal kepada sindiket sehingga berjumlah RM221,000 ke dalam beberapa akaun yang diberikan suspek.

“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah wang modal dan komisen yang dijanjikan tidak dikembalikan kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, walaupun pelbagai peringatan telah diberikan oleh Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) kepada orang ramai mengenai bahaya pelaburan tidak wujud, namun masih ada yang percaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI