fbpx

Johor belum sedia turun had umur belia kepada 30 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Hairi (dua kanan) menyempurnakan gimik pelancaran bagi sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor di pusat beli-belah Toppen, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri belum bersedia menurunkan had umur belia daripada 40 kepada 30 tahun seperti yang akan dilaksanakan di peringkat pusat bermula 1 Januari tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd. Hairi Mad Shah sebaliknya berkata, pihaknya akan meneliti pelaksanaan perkara itu secara mendalam terlebih dahulu.

Menurut beliau, fokus kerajaan negeri ketika ini adalah untuk memperkasa belia Johor sejak usia 16 tahun.

“Usia belia bermula daripada 16 tahun, jadi kita telah adakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Pendidikan yang mana kita mahu pupuk semangat berpersatuan khususnya apabila mereka keluar daripada alam persekolahan.

“Untuk itu kita telah dekati majlis belia-majlis belia di setiap daerah, dekati anak-anak muda untuk kita lakukan kajian bersama apakah kaedah pelaksanaan sesuai untuk perkasakan lagi golongan ini,” katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor di pusat beli-belah Toppen, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI