fbpx

FAM belum sedia ‘buka mulut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOLGADO yang beraksi di posisi serangan dikaitkan bakal menjadi pemain warisan terbaharu Harimau Malaya.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) masih kunci mulut mengenai status calon penyerang berbakat kelahiran Argentina, Rodrigo Holgado yang dilaporkan berada dalam radar Harimau Malaya sebagai pemain berdarah warisan.

Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman mengakui pihak persatuan tidak boleh terburu-buru membuat pengumuman rasmi berkaitan Holgado dengan pendedahan rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kita akan lihat nanti secara lebih terperinci dengan mengambil maklumat semua berkaitan Holgado. Ketika ini FAM, tidak akan membuat sebarang kenyataan berkaitan pemain itu,” katanya.

Mengulas mengenai sama ada Holgado sempat untuk diturunkan ketika aksi kelayakan Piala Asia 2027, Azman mengesahkan keputusan akan dibuat oleh barisan kejurulatihan yang diketuai Peter Cklamovski.

“Perkara itu (menentang Vietnam) kita tak boleh buat keputusan kerana barisan kejurulatihan lebih mengetahui dan akan buat keputusan atau pengumuman kelak,” katanya.

Holgado didakwa menjadi tonggak warisan baharu yang dikaitkan dengan skuad negara menjelang aksi Kumpulan F menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun ini.

Spekulasi itu diperkuatkan hasil pendedahan wartawan terkemuka di negara Colombia, Pipe Sierra yang berkongsi perkara itu di laman sosial miliknya baru-baru ini.

Menurut Sierra, proses dokumentasi Holgado sedang diproses pihak berkuasa Malaysia dan kelabnya, America de Cali sudah dimaklumkan mengenai panggilan kem latihan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI