fbpx

Dulu panggil Mak Ngah, kini sayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shauful Nizam (kiri) dan Rapeah ketika ditemui di Majlis Kenduri Perkahwinan Beramai-ramai di Lenggong hari ini.

LENGGONG – Persandingan mempelai Mohd. Shaiful Nizam Yeop Mat Isa, 47, dengan Rapeah Sani, 70, menjadi antara tumpuan dalam Majlis Kenduri Perkahwinan Beramai-ramai melibatkan 25 pasangan di sini.

Kesemua 25 pasangan itu disandingkan dan diraikan serentak dalam satu majlis peringkat Parlimen Lenggong, bersempena tarikh 25 Mei 2025 yang mempunyai keunikan gabungan nombor.

Tetamu utama ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah serta bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Ketika ditemu bual pemberita, Mohd. Shaiful Nizam berkata, jodohnya bersama Rapeah bermula apabila beliau pulang ke Lenggong dan berjiran dengan bakal isterinya itu.

“Saya rasa bersyukur. Ini kali pertama saya berkahwin. Rumah kami dekat, dia selalu masak untuk saya. Saya sebelum ini memanggilnya mak ngah, kini sayang,” katanya kepada pemberita.

Menurut Rapeah, perkahwinan ini merupakan kali ketiga buatnya dan menerima ketentuan jodoh meskipun pada awalnya tidak menyangka Mohd. Shaiful Nizam menyimpan hati terhadapnya.

Kesemua pengantin yang disandingkan itu tinggal dalam kawasan Parlimen Lenggong dan penganjuran tersebut turut dilengkapkan dengan amalan tradisi seperti berinai serta akad nikah.

Shamsul Anuar berkata, penganjuran seumpama itu telah diadakan pada tahun-tahun yang lalu dengan hasrat menjadikan ia antara produk pelancongan Lenggong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI