fbpx

Doktor di Gaza rebah, terkejut terima mayat 9 anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan anak-anak Alaa yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Khan Younis. - AGENSI

BANDAR GAZA – Seorang doktor di Gaza tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bahawa sembilan mayat yang dibawa ke hospital tempat dia berkhidmat, merupakan anak-anaknya sendiri, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Kesemua mangsa yang berusia antara enam bulan hingga 12 tahun itu merupakan anak kepada Pakar Pediatrik di Klinik Al-Tahrir, Kompleks Perubatan Nasser, Dr. Alaa Al-Najjar. 

Alaa dilaporkan sedang bertugas ketika rumah mereka dibom oleh tentera Rejim Zionis di selatan bandar Khan Younis kelmarin. 

Beberapa saksi melaporkan, Alaa rebah selepas dia mengenal pasti mayat-mayat tersebut.

Suaminya, Dr. Hamdi Al-Najjar, mengalami cedera parah dan dibawa ke Kompleks Perubatan Nasser untuk rawatan insentif.

Seorang lagi anak mereka, Adam, 11, ditemukan selamat tetapi berada dalam keadaan kritikal. 

Pakar bedah Britain, Graeme Groom dan Victoria Rose mengembara ke Gaza untuk menjalankan pembedahan Adam. 

“Sembilan adik-beradiknya terbunuh, manakala bapanya cedera parah,” kata Groom di laman Instagram. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI