fbpx

BN sedia berunding dengan mana-mana parti hadapi PRN Sabah – Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Zahid ketika berucap di Majlis Perasmian Kompleks Dakwah DMDI dan Pusat Tahfiz Yayasan DMDI di Kampung Tersusun DMDI, Bukit Senggeh, Selandar, Melaka hari ini.

MELAKA – Barisan Nasional (BN) bersikap terbuka dan bersedia untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana parti politik termasuk rakan dalam Pakatan Harapan (PH) serta parti-parti tempatan Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, rundingan awal antara BN dan PH telah dimulakan bagi membincangkan pengagihan kerusi namun sebarang keputusan hanya akan dimuktamadkan selepas pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Kita terbuka untuk berunding dengan siapa sahaja, termasuk rakan-rakan komponen PH dan beberapa parti tempatan di Sabah, bagi memastikan tiada pertindihan calon berlaku dalam PRN ini.

“Ia penting bagi memastikan penyusunan strategi yang mantap dan pengagihan kerusi yang adil antara parti, demi memastikan kemenangan gabungan dalam PRN akan datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Kompleks Dakwah DMDI dan Pusat Tahfiz Yayasan DMDI di Kampung Tersusun DMDI, Bukit Senggeh, Selandar di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden baharu PKR, Nurul Izzah Anwar yang menyatakan hasrat untuk menuntut 13 kerusi di Sabah, yang menurut Zahid merupakan perkara biasa dalam perbincangan dalaman gabungan PH. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI