fbpx
Anwar (kanan) ketika menerima kunjungan rasmi Sonexay di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

ASEAN: Malaysia setuju fasa kedua Grid Tenaga disegerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Malaysia bersetuju dengan cadangan Laos supaya fasa kedua projek Grid Tenaga ASEAN dipercepatkan bagi memberi manfaat kepada negara anggota blok berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan dikemukakan Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone itu akan dibincangkan pada sesi pemukiman pemimpin ASEAN nanti.

Beliau berkata, fasa pertama projek ini membabitkan kabel dasar laut dari Vietnam ke Utara Semenanjun, namun berharap fasa kedua dapat dipercepatkan.

“Ia (fasa kedua) penting supaya Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia dan Singapura dapat menerima manfaat sama. Isu ini akan akan dibincangkan dalam pertemuan pemimpin ASEAN pada sesi pemukiman nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Siphandone sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Laos itu ke Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia dan Laos juga akan memperluaskan hubungan perdagangan menerusi memorandum kerjasama antara Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) dan Thanaleng Dry Port.

Katanya, ia akan menjadi satu contoh kerjasama penting dalam aspek pelaburan dan pelaburan perdagangan antara kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI